Sunday, April 14, 2013
BATUKAH AKU
Sarang labah terhampar
bilik itu seakan kosong
mula melabuh lebur
hati yang aku akui
Sebuah buku penuh kematian
rasa taksub menyelinap rongga
hingga terlarut aku
tentang kepergianmu
Bagai rumah tergambar usang
tekun aku menunggu
batukah aku..hanya sendiri
Dalam ranjang matiku
mengharap Tuhan & Malaikat
bukan seperti kafir mendamba syurga
bukan juga firaun yang coba menolak neraka
Dibenak fikiran kontang
terjejak ke tempat itu
rasa senang bak syurga
sedang itu muka neraka terkesan berdarah
Berjalan lesu
menjengah muka depan
yang tampak sirnanya..tapi nyata sekali
batukah aku..hanya sendiri
shamsiah.basar
UTM Semarak
Friday, April 5, 2013
Aku, apa adanya.
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Salam Jumaat penghulu segala hari. Hari yang sangat mulia disisi-Nya, semoga dirahmati, dan diberkati. Bermula pada May 2010, terpanggil saya untuk membuat akaun di blogger dan setelah hampir 3 tahun, barulah saya mendapat semangat baru, dalam penerusan dan perkembangan idea. ﷲ,الحمد لله perkenalkan saya dengan sahabat seideologi,terima kasih. Moga Langkah Pertama Penulisan ini tiada pengakhirannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)