Tuesday, July 1, 2014

Kau....ke-24

Suka duka tiga bulan bersama
Setiap hari disulami kata-kata cinta
Kadang terselit tangisan lara
Tapi tetap juga kita bersama

Hari ini hari besarmu
Jalinan tetap utuh bersamaku
Harapanku kau beri senyuman itu
Moga terlerai siksa jiwaku

Kau dan aku seraya berjanji
Agar aman selepas ini
Tanpa ada rasa cemburu-mencemburui
Atau mungkin rasa yang kurang pasti

Kau hari ini membesar
Bersama usiamu dan cita-citamu
Kuharap,yang dikhabar semuanya benar
Menjadi insan berguna untuk keluarga dan agamamu..

shamsiah.basar
Penchala Hilir

Friday, April 25, 2014

'Cinta Terakhir....'

Dari gurauan itu
Timbul bibit perkenalan
Memulakannya dirasakan berat
Tak boleh nak disangkal

Dari perkenalan itu
Timbul keserasian
Setiap hari tak putus harapan
Mendekati aku, yang serba kurang

Dari keserasian itu
Timbul rasa kasih dan sayang
Menyentuh segenap hati dan jiwa
Menyalakan  getar seribu rasa

Dari kasih sayang itu
Timbul rasa cinta
Cinta yang aku harapkan kekal hingga hujung nyawa
Cinta yang bisa memimpinku ke Syurga-Nya
Cinta Terakhir....

shamsiah.basar
Penchala Hilir 

Tuesday, February 25, 2014

C.I.N.T.A

Cinta
Kau ibarat Matahari dan Bulan
Sirnamu pergi dan kembali
Terangmu menyilau seraya hilangkan diri
Esok tidakkan kiamat 
Pasti kau datang lagi

Cinta
Ibaratmu seperti Laut
Punya pasang dan surut
Bahaya tersedia menanti
Kanan dan kiri ombak kau turut
Dalam diam tak pernah sepi

Cinta
Kau ibarat Gunung
Puncaknya matlamat
Harungkan semua onak
diredah segala duri
Tanpa sedar bawahnya jurang

Cinta..dengan berani tak terhalangkan

shamsiah.basar
Penchala Hilir 

Thursday, May 30, 2013

Sadis Si Mattahari

belum juga jodoh bertanda
masa menyusul tak diduga
yang berdiam dulunya
kini mngatur bicara...bisa
makin tawar jiwa..makin keruh rasa


shamsiah.basar
K.S.P. Kuala Lumpur

Sunday, April 14, 2013

BATUKAH AKU


Sarang labah terhampar
bilik itu seakan kosong
mula melabuh lebur 
hati yang aku akui

Sebuah buku penuh kematian
rasa taksub menyelinap rongga
hingga terlarut aku
tentang kepergianmu

Bagai rumah tergambar usang
tekun aku menunggu
batukah aku..hanya sendiri

Dalam ranjang matiku
mengharap Tuhan & Malaikat
bukan seperti kafir mendamba syurga
bukan juga firaun yang coba menolak neraka

Dibenak fikiran kontang
terjejak ke tempat itu
rasa senang bak syurga
sedang itu muka neraka terkesan berdarah

Berjalan lesu
menjengah muka depan 
yang tampak sirnanya..tapi nyata sekali
batukah aku..hanya sendiri


shamsiah.basar
UTM Semarak



Friday, April 5, 2013

Aku, apa adanya.


 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Salam Jumaat penghulu segala hari. Hari yang sangat mulia disisi-Nya, semoga dirahmati, dan diberkati. Bermula pada May 2010, terpanggil saya untuk membuat akaun di blogger dan setelah hampir 3 tahun, barulah saya mendapat semangat baru, dalam penerusan dan perkembangan idea. ﷲ,الحمد لله perkenalkan saya dengan sahabat seideologi,terima kasih. Moga Langkah Pertama Penulisan ini tiada pengakhirannya.


اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن